“Tiba-Tiba OKU Terus Dia” – Netizen Pertikai Pemandu Myvi Tampil Berkerusi Roda Ke Mahkamah

Pemandu Perodua Myvi iaitu Nur Fatin Nazrah Suhaimi yang telah menyebabkan kematian seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kini dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini.

Beliau berdepan lima pertuduhan termasuk memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian, penyalahgunaan dadah serta tidak memiliki lesen memandu.

Terbaru, Nur Fatin dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dan didenda RM11,300 oleh Mahkamah Majistret.

Advertisement

Bagaimanapun video rakaman wanita tersebut tiba di mahkamah dengan berkerusi roda telah mencuri tumpuan netizen.

Susulan wanita terbabit dilihat ditolak dengan kerusi roda, rata-rata netizen mempertikaikan keadaan tertuduh dan kurang senang melihat beliau sedemikian rupa yang tampil menutup penuh mukanya.

Sabtu lalu, pemandu, Honda Accord, Laskar Kanan Mohd Rizal Buseri, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaannya dirempuh kereta wanita tersebut.

Selain memandu secara melulu, wanita itu juga turut didapati positif dadah hasil ujian saringan air kencing. Turut cedera dalam kemalangan tersebut, pemandu kereta Proton Iswara, iaitu seorang warga emas yang dikenali sebagai Chang Ah May.

Sumber: Kosmo!

Comments

comments