Tidak Mahu Kalah, Indonesia Tayang Avengers : Endgame Seawal Jam 5 Pagi

1557

Seluruh dunia teruja untuk menantikan tayangan filem epik Avengers : Endgame. Di Malaysia, pihak Golden Screen Cinema (GSC) mengesahkan filem itu akan ditayangkan pada 24 April ini  iaitu dua hari lebih awal dari tarikh tayangan yang dijadualkan di Amerika Syarikat.

Turut tidak mahu ketinggalan dan ‘membakar’ lagi rasa teruja peminat filem tersebut, pawagam di Indonesia juga bakal menayangkan Avengers : Endgame lebih awal. Bila kami kata awal, percayalah masa tayangan mereka seawal jam 5 pagi di beberapa pawagam Cinemaxx yang terpilih.

Berita itu dikongsikan sendiri oleh Cinemaxx Theater Indonesia menerusi laman sosial Twitter.


Sanggupkah anda terbang ke Indonesia dan menjadi antara yang terawal menonton filem yang dinantikan ramai ini?

Sumber Berita : Twitter 

Tinggalkan komen anda