Tiga Lelaki Menyamar Polis, Lakukan Aktiviti Pemerasan Dan Rompakan

Polis merampas sebuah kereta ketika membuat tangkapan ke atas tiga lelaki yang menyamar polis untuk melakukan kegiatan pemerasan dan rompakan dalam daerah Seberang Perai Utara.

Polis menahan tiga lelaki yang menyamar sebagai anggota polis untuk melakukan pemerasan dan rompakan di Bandar Putra Bertam, petang semalam.

Polis menerima laporan kejadian rompakan pada jam 6.20 pagi kelmarin sebelum membuat penahanan tiga lelaki berusia 28 tahun hingga 32 tahun di kawasan perumahan sama suspek ditahan.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, polis menerima laporan berlaku rompakan ketika seorang mangsa lelaki sedang mengambil rakannya di hadapan sebuah rumah dua tingkat di kawasan itu.

“Pada ketika itu,tiba-tiba datang tiga suspek menaiki sebuah kereta jenis Perodua Bezza berwarna biru dan memperkenalkan diri mereka sebagai polis lalu mengarahkan mangsa bersama rakannya masuk ke rumah termasuk menyerahkan kad pengenalan serta telefon bimbit mereka”.

“Kemudian ketiga-tiga suspek itu pergi membuat pemeriksaan rumah hingga ke tingkat atas dan membawa turun penghuni lain dan menyuruh semua mereka masuk ke satu bilik sebelum memanggil salah seorang keluar dari bilik”.

Polis merampas sebuah kereta ketika membuat tangkapan ke atas tiga lelaki yang menyamar polis untuk melakukan kegiatan pemerasan dan rompakan dalam daerah Seberang Perai Utara.

Advertisement

“Selepas itu, suspek menyerahkan kad pengenalan yang diambil dan tidak lama kemudian ketiga-tiga mereka beredar keluar dari rumah sebelum mangsa mendapati semua telefon bimbit mereka dilarikan suspek”.

Tambah Noorzainy, selepas menerima laporan, polis menahan ketiga-tiga suspek berkenaan dan siasatan mendapati mereka bertiga yang positif dadah mengaku terbabit dalam kegiatan berkenaan.

Polis turut merampas pelbagai barangan antaranya telefon bimbit, sebuah kereta Perdodua Bezza serta plastik yang tertera logo dan tulisan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

SUMBER

SUMBERBerita Harian

Comments