Till Death: Azalea’s Wrath Bukan Hanya Sekadar Filem Seram Semata – Pengarah Sein Qudsi

1684

Filem Till Death: Azalea’s Wrath atau dikenali sebagai Dendam Azalea sudah boleh ditonton secara ekslusifnya di Netflix pada 9 Ogos yang lalu. Filem seram arahan Sein Qudis ini menampilkan peneraju utama mereka iaitu Khir Rahman, Vanidah Imran, Namron, Zain Hamid, Kodi Rasheed dan Zulaika Zahary.

Dendam Azalea menjadi filem Malaysia pertama ditayangkan secara ekslusif di Netflix dan dapat dtonton di seluruh 190 buah negara. Bukan mudah untuk filem tempatan mendapat penayangan ekslusif di platform digital yang menjadi kegunaan hampir kebanyakan rakyat seluruh dunia.

Mungkin anda tertanya-tanya, apakah yang menariknya mengenai filem ini? Disini kami kongsikan antara fakta menarik filem ini.

Bukan hanya sekadar filem seram

Walaupun ianya bergenre filem seram, Till Death: Azalea’s Wrath tidak hanya memaparkan babak dan aksi seram seperti kebanyakan filem seram yang lain. Elemen misteri sangat berkait rapat kerana kebanyakan babak yang dilakonkan oleh Inspektor Bakri (Zain Hamid) melibatkan penyiasatannya pada satu kes. Nak tahu kes apa? Kenalah tonton sendiri.

polis bercakap dengan seorang lelaki di balai polis

“Saya bukan nak fokuskan pada elemen seram sahaja tapi juga cerita yang meninggalkan kesan pada penonton.”

Menurut pengarah dan penulis, Sein Qudis, filem ini ditulis bukan hanya sekadar untuk menonjolkan elemen seram semata-mata.

Mengangkat tema kekeluargaan

wanita memandang lelaki yang memandu disebelah
Watak Suraya (Vanidah Imran) digambarkan sebagai seorang yang baru sahaja kehilangan bayinya akibat masalah komplikasi. Selepas insiden tersebut, bermula lah episod kemurungan yang melandanya dan bagaimana sokongan dari keluarga sangat penting.

Seolah memahami keadaan tersebut, Vanidah sendiri hampir mengalami situasi yang sama selepas melahirkan anak pertamanya satu masa dahulu.

poster kemurungan selepas bersalin
Jika anda mengenali sesiapa yang mengalami kemurungan selepas bersalin, bantuan dan sokongan anda amatlah penting bagi mereka.

Gabungan pelakon yang mantap

Bukan selalu kita dapat lihat Khir Rahman dan Namron berada di dalam satu skrin yang sama. Gabungan pelakon lama dan baru juga dilihat mempunyai chemistry yang sangat baik di dalam filem ini.

namron pelakon lelaki
Samad (Kodi Rasheed) antara pelakon baru yang menyerlah di dalam filem ini. Walaupun hanya membawakan watak antagonis kecil sebagai partner Namron tetapi impak yang diberi sangat kuat.

kodi rasheed pelakon lelaki
Beliau juga sanggup menolak tawaran lain hanya kerana tidak mahu melepaskan peluang untuk turut sama berlakon bersama pelakon veteran, Namron.

Boleh ditonton pada bila-bila masa

Banyak perbezaan diantara filem tempatan Malaysia dan luar negara, dengan adanya Netflix sebagai platform adalah peluang yang sangat besar. Ia juga memberikan harapan kepada pembikin filem seperti saya untuk menghasilkan karya yang lebih baik.

Melalui kerjasama dengan Netflix, anda tidak perlu bersusah payah untuk ke pawagam berhampiran untuk menonton. Tonton sahaja menggunakan telefon pintar anda atau pasangkan pada televisyen di rumah untuk seisi keluarga.

Dengan akses yang mudah ini anda tak perlu risau lagi kerana kalau nak tonton lebih sepuluh kali pun tiada masalah! Tak perlu nak keluarkan duit lebih pun.

pelakon-pelakon filem dendam azalea
Till Death: Azalea’s Wrath atau Dendam Azalea dapat ditonton secara ekslusif hanya di Netflix dengan tayangan seluruh 190 negara. Selamat menonton!

Comments

comments