Tips Elak Bagasi Dicaj: Lelaki Pakai Semua 15 Helai Baju Yang Dibawa

3422

Perkara yang paling kita semua takut semasa bercuti pastinya terlebih membawa muatan barang.

Kadangkala semasa memasukkan baju dan peralatan lain nampak macam sikit, tetapi apabila dah masukkan semua ke dalam beg jadi banyak dan berat pula.

Jika boleh kita semua tidak mahu pergi kemana-mana dengan kapal terbang membawa beg yang melebihi had berat.

Jika beg anda melebihi berat dan anda perlu membayar caj, sudahlah kekurangan wang ketika itu.Maklumlah, shopping sakan di negara orang.

Antara langkah yang sering digunakan bagi mengelakkan untuk membayar caj tambahan adalah dengan membuang baju tersebut sebelum menaiki pesawat. 

Tetapi, berbeza pula dengan seorang penumpang, John Irvine sanggup memakai sebanyak 15 helai pakaiannya iaitu seberat lapan kilogram semata-mata mahu mengelak caj bagasi berlebihan ketika dia dalam perjalanan pulang dari Perancis.

Kerana tidak mahu membazirkan wang terhadap begnya di EasyJet, beliau menggunakan solusi yang sangat kreatif ini.

Easyjet mengenakan peraturan caj bagasi berlebihan sebanyak 12 euro (RM55.80) sekilogram dan ini bermakna beliau perlu membayar seba­nyak 96 euro (RM446) bagi berat bagasi berlebihan itu.

Insiden ini menjadi tumpuan netizen apabila rakaman lelaki warga Sepanyol itu sedang mengenakan pakaian daripada bagasinya secara berlapis di hadapan kakitangan kaunter daftar masuk di Lapangan Terbang Nice dimuat naik oleh anaknya di Twitter.

Bapanya itu kemudian dilihat berjalan di sekitar lapangan terbang itu dalam keadaan yang berpeluh kerana sangat panas.

Sementara itu,lelaki tersebut berdepan masalah ketika cuba melepasi kawalan keselamatan lapangan terbang selepas dipercayai cuba menyeludup sesuatu pada bajunya namun dia akhirnya dibenarkan masuk.

Kejadian seperti ini juga pernah dilakukan seorang pelancong warga Britain yang bertindak memakai 8 seluar dan 10 kemeja di Lapangan terbang Antarabangsa Keflavik untuk ke London.

Adakah ini satu idea untuk anda terbang ke luar negara jika terlebih bawa muatan selepas ini?

Sumber: METRO UK

Comments

comments