Tips Elak Tudung Berlubang Hanya Menggunakan Getah

Bagi kaum hawa yang berhijab, sudah pasti akan ada masalah seperti tudung berlubang disebabkan pin atau kerongsang yang dipakai. Sudah pasti mood akan berubah kalau dah nampak tudung tak cantik disebabkan pin tudung.

Jangan risau… pasti ada cara dan tips untuk elak tudung daripada berlubang disebabkan kerongsang yang dipakai.

Cara ini dikongsi menerusi seorang pengguna TikTok yang mana dia hanya menggunakan getah untuk mengelakkan tudung daripada berlubang.

Barang-barang yang perlu ialah hanya kerongsang, gunting dan yang paling penting ialah getah.

Advertisement

Korang hanya perlu gunting getah tersebut menjadi saiz kecil dan cucuk kerongsang tersebut dengan getah seperti video di bawah ini.

@ellohijabs_yana

CARA TKMAU BGI TUDUNG BERLUBANG dengan mudah . Follow for more tips !??Getah , Kerongsang , Gunting #tips #tudung #fyp

? Coffee for Your Head – Vinyll

Jadi, korang boleh buat seberapa banyak yang korang nak untuk elak tudung berlubang disebabkan kerongsang .

Kaum hawa boleh cuba cara ini dan sekaligus dapat jimat duit, tak perlu beli tudung banyak-banyak sebab tudung lama dah berlubang.

Sumber 

Comments

comments