TM Kini Tawarkan Unifi 100Mbps Pada Harga RM129

105

Telekom Malaysia telah secara rasminya membuka pendaftaran untuk pelan Unifi Pro 100Mbps pada harga RM129 sebulan.

Berdasarkan pelan terbaru ini, pihak TM tidak menawarkan sebarang had kuota, serta kelajuan muat turun sehingga 100Mbps manakala kelajuan muat naik pula mampu mencapai 50Mbps.

Pakej baru ini tidak menawarkan Set Top-Box untuk Unifi TV digunakan di televisyen, sebaliknya menawarkan akses melalui Unifi PlayTV sahaja. Pengguna juga disediakan dengan 600 minit panggilan percuma ke sebarang talian seluruh Malaysia.

Tawaran terbaru ini menggantikan pakej 10Mbps yang ditawarkan pada harga sama sebelum ini. Bagi pengguna pakej berkenaan sebelum ini, mereka akan menerima kemaskini Unifi Turbo mengikut lokasi secara berperingkat pada bulan-bulan akan datang.

Selain itu, kini Telekom Malaysia juga hanya menawarkan dua pakej sahaja untuk pendaftaran Unifi, iaitu Unifi Basic 30Mbps dengan 60GB kuota, atau Unifi Pro 100Mbps pada harga RM129 sebulan.

Jadi untuk anda yang mahukan kelajuan internet tanpa had quota, anda boleh mendaftar plan Unifi Pro ini dan untuk mereka yang tidak menggunakan quota internet yang banyak, plan Unifi Basic sangat berbaloi untuk anda.

Sumber: Amanz

Comments

comments