Tolong Berhati-Hati Dengan Orang Korea Yang Berniat Nak Bantu Anda Ketika Melancong

4432

Sejak kebelakangan ini ramai rakyat Malaysia memilih Korea Selatan sebagai destinasi pelancongan wajib pergi. Sebut sahaja Korea Selatan, mesti anda semua terfikir drama-drama Korea dan artis-artis mereka yang cukup terkenal.

Tetapi kadang-kala percutian yang diidamkan oleh kita tidak semuanya mengikut perancangan yang telah diaturkan.

Ini yang terjadi kepada seorang pengguna Twitter ketika melancong di Korea bersama rakan-rakannya.


Menurut beliau, ketika sedang berseronok bercuti, mereka didatangi oleh sekumpulan pelajar universiti yang berbual-bual dengan mereka.

Mereka memberitahu kami untuk merasai sendiri budaya Korea di universiti mereka dan boleh mencuba memakai hanbok dengan percuma.

Didatangi pelajar Korea

Jadi, kami ikutlah mereka ke destinasi yang ingin dituju. Tetapi, bukan universiti yang dibawa, mereka bawa kami ke pusat komuniti yang terletak jauh dari Seoul.

Sesampainya kami semua di pusat komuniti, mereka berikan sepasang hanbok berwarna putih yang digunakan untuk upacara ritual. Semasa acara itu dijalankan, pusat komuniti itu tidak langsung membenarkan kami untuk menggunakan kamera.
pakai habok putih ritual sembahyang

Mereka meletakkan kami di dalam sebuah bilik dan menyuruh kami semua mengikuti ritual menyembah nenek moyang mereka.

Upacara bermula, kami hanya pandang ke bawah kerana tidak boleh lihat ke hadapan. Ini kerana mereka membaca beberapa mantera. Selepas itu mereka tunduk dan sujud.

Bukan itu sahaja, mereka juga menyuruh kami untuk mengikut tindakan mereka semasa melakukan ritual tersebut.

“Aku dengan beraninya tegas bercakap, kami tak boleh lakukan upacara ini kerana kami muslim.”

Pada mulanya mereka bantah, tapi kami tetap dengan pendirian kami untuk tidak lakukan upacara ini.

Mereka memberitahu kami bahawa kami semua tidak boleh keluar dari bilik ini, lalu menyuruh kami semua duduk di bahagian belakang bilik.

Selepas upacara tamat, mereka mengajak kami semua makan buah yang disembah semasa melakukan upacara tadi.

Kami beritahu mereka tidak boleh. Rupa-rupanya niat mereka bawa kami ke sini adalah nak minta derma untuk tempat itu.

Kita orang bagilah derma 1000 won dalam RM4 lepastu chow.

Mereka macam terkejut dengan pemberian wang kami, sikit ni je ke?

Kami tak mampu beri sedekah banyak kerana kami ini hanya pelancong yang tidak membawa duit banyak alasan yang telah kami berikan.

Hari kami telah dibazirkan dengan melawat tempat ini. Geram sangat dengan hanbok yang mereka janjikan itu.

Jadinya pada waktu malam, kami pergi ke tempat menyewa hanbok untuk menunaikan impian kami semua.

Pakai hanbok

Rata-rata netizen yang membaca perkongsian pemuda ini mengatakan bahawa mereka pernah kena scammer begini semasa bercuti di Korea.

Netizen Korea 1Kena ikut gerak-geri mereka semasa ritual berlangsung
Netizen Korea 2Lokasi utama mereka di Dongdaemun
Netizen Korea 3Perkara normal di Korea
netizen korea 4

Jika anda ingin ke Korea, buat kajian yang terperinci terlebih dahulu agar kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan. Selamat bercuti kepada mereka yang akan ke Korea dalam masa terdekat ini.

 

 

Sumber: Twitter

Comments

comments