Ramai Kata Sedap, Jom Elak Makan Spesis ‘Parrot Fish’ Demi Ekosistem

Tidak semua orang faham dan mengetahui bahawa bukan semua ikan di laut boleh kita makan. Ada sebab-sebabnya yang perlu kita semua ketahui.

Contohnya ikan berwarna biru ini atau Parrotfish (Scaridae). Tular baru-baru ini di Facebook mengapa kita tidak boleh makan ikan ini.

Menurut Sabah Bah Ini, Parrotfish (Scaridae) ataupun nama melayunya Ikan Ketarap/Bayan kini banyak di jual di pasar basah. Jika anda teringin makan atau beli ikan ini, elakkan!

elakkan beli Parrot fish

Advertisement

Ini kerana spesis Parrot fish semakin berkurang di laut dan paling penting, parrot fish menjamin ekosistem terumbu karang.

Apa yang anda perlu tahu sifat Parrot fish?

Parrot fish mempunyai bentuk mulut bermuncung dengan gigi yang khusus untuk memakan rumpai laut dan parasit yang tumbuh di batu karang yang masih hidup.

gigi parot fish

Rumpai laut adalah antara penyebab utama kematian batu karang (rumpai akan bersaing bersama zooxanthellae yang hidup di batu karang bagi mendapatkan cahaya matahari).

Jika rumpai laut tidak dimakan oleh ikan (parrotfish), maka batu karang akan mati. Kematian batu karang akan merosakkan ekosistem batu karang dan boleh menjejaskan ekosistem laut itu sendiri.

Laut yang mati lambat laun akan mengakibatkan daratan turut mati.

Ikan Bayan menghabiskan 90% waktunya dengan memakan rumpai di permukaan coral. Hasil buangan (tahi) ikan ini dikeluarkan dalam bentuk pasir dan mampu menghasilkan 100kg pasir setahun sepanjang hayatnya!

parrot fish

Bayangkan betapa banyaknya pasir akan diperolehi jika ikan ini tidak diganggu dan mungkin boleh membantu mengurangkan hakisan pasir.

Banyak lagi ikan di luar sana, tolong biarkan ikan comel ini hidup di terumbu karang. Terumbu karang memerlukan mereka untuk terus hidup dan terus berkembang demi ekosistem laut yang sihat.

Kepada anda semua yang amat suka rasa ikan ini yang sedap, berhentilah! Kita perlu lindungi ekosistem ini bersama-sama.

 

 

Comments

comments