Top 3 Permainan Video Yang Dimuat Turun Orang Ramai Sepanjang Tempoh PKP

konsol permainan video

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan, orang ramai banyak memanfaatkan waktu di rumah untuk melakukan perkara yang paling digemari. Kaki games juga tidak melepaskan peluang ini untuk memantapkan skills pertarungan mereka di alam maya tanpa sebarang gangguan kerja.

Peminat games di Malaysia banyak memilih platform desktop, konsol Sony PlayStation (PS4) dan Microsoft XBOX (XBOX) untuk bermain sebarang judul permainan yang digemari mereka. Konsol PS4 ialah yang paling popular antara pilihan berikut kerana kerana mudah untuk dikendalikan. Ini merupakan antara pilihan permainan yang paling popular dimuat turun sejak beberapa minggu lalu.

1. Monster Hunter World

permainan video

Permainan ini berada di tangga teratas carta muat turun. PS4 telah memberi tawaran muat turun secara percuma judul permainan ini kepada pemilik akses PSPlus pada bulan lepas.

Konsep yang diketengahkan dalam permainan ini berbentuk pengembaraan. Penggunaan Role Playing Games atau RPG dengan pemandangan perspektif ketiga oleh pemain dapat menghidupkan siri pengembaraan permainan ini.

Secara ringkas, pemain perlu memburu raksasa berlainan kategori dan kekuatan. Keseronokkan yang ditawarkan apabila pemburu dapat mengutip banyak mata dengan melakukan pemburuan. Pemain juga harus meluangkan masa antara 10 hingga 15 minit untuk mengalahkan raksasa dengan pilihan senjata yang dipilih.

2. Red Dead Redemption 2 (RDR2)

permainan video

Konsep permainan ini sangat sinonim dengan konsol PS4 kerana menampilkan ciri permainan era koboi atau ‘west wild’. Pemain akan memegang karakter sebagai salah seorang anggota geng ‘outlaw’.

Permainan ini juga berkonsepkan dunia terbuka. Pemain boleh memilih untuk melakukan pengubahsuaian diri dan persenjataan terhadap karakter pilihan. Sesuai dengan tema klasik zaman koboi, karakter akan memiliki pistol jenis revolver atau raifal mekanisma ‘bolt’.

Setiap siri permainan dilengkapi dengan misi pertempuran tertentu. Pemain disarankan untuk mempunyai resolusi skrin paparan sekurang-sekurangnya 2K kerana judul RDR2 memerlukan keupayaan grafik yang tinggi.

Untuk merasai kesan grafik yang lebih baik, paparan 4K boleh memberikan pengalaman sebenar. Permainan ini mempunyai keunikan dengan kesan grafik yang sangat baik seperti perubahan cuaca. Kesan ini memberi cabaran kepada pemain untuk menyelesaikan misi.

3. Call of Duty : Modern Warfare (2019)

permainan video

Permainan ini khusus sebagai permainan mod zon perang (Warzone). Mod ini membolehkan pemain memilih untuk bermain secara sendirian atau membuat pasukan. Mod permainan Warzone yang diperkenalkan Mac lepas mendapat perhatian ramai kerana mengentengahkan konsep permainan Royal Battle.

Konsep Battle Royale yang ditawarkan sangat unik dan berlainan dengan judul permainan lain. Ramai pemain yang menggemari persenjataan boleh melakukan pengubahusaian seperti skop senjata dan penggunaan senjata bergantung kepada kesesuaian pemain.

Adakah permainan kegemaran anda berada dalam senarai? Manfaatkan masa yang ada sepanjang tempoh PKP ini dan asah bakat anda sebagai ‘gamer’ di dalam permainan video.

Sumber

Comments

comments