Trafik Sesak Di Plaza Tol Dari Pagi Hingga Petang Akibat SJR Diperketat

Hari ini sejak pagi membawa ke petang kita dapat lihat kesesakan trafik berlaku di lebuh raya keluar masuk Plaza Tol Sungai Besi.

Kesesakan ini dikatakan berpunca dari Sekatan Jalan Raya (SJR) Perintah Kawalan Pergerakan yang dilakukan pihak berkuasa bagi memastikan semua pengguna tidak melanggar aktiviti merentas negeri.

This image has an empty alt attribute; its file name is 159667724_3532750193497487_2716932217936248881_o-450x600.jpg

Tiada pertambahan kenderaan dan jumlahnya pada kadar biasa, tetapi kerana SJR diperketatkan, maka berlaku kesesakan dari awal pagi tadi hingga kini.

Advertisement

Sesak terutama di Plaza Tol Sungai Besi, Bentong dan Gombak. – Kata Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) kepada Harian Metro.

Sebelum ini tersebar beberapa rungutan dari pengguna jalan raya yang mempertikaikan anggota polis yang dilihat hanya goyang kaki di bawah khemah tanpa menahan kenderaan.

Jawabnya, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador telah mengarahkan anak buahnya untuk mengetatkan SJR di seluruh negara bagi memastikan tidak wujud kluster rentas negeri.

Sumber

Comments