Tragedi Basikal Lajak: Keluarga Mangsa Terkilan Tidak Dimaklumkan Pemandu Dibebaskan

Pastinya semua masih ingat kemalangan yang meragut nyawa melibatkan lapan remaja yang membawa basikal lajak. Pemandu wanita berusia 24 tahun, telah ditahan susulan kejadian yang berlaku pada tahun 2017 itu.

Setelah hampir dua tahun, semalam Mahkamah Majistret Johor Bahru telah membebaskan Sam Ke Ting selepas didapati tidak bersalah. Beliau bebas dari segala pertuduhan dan wang jaminan sebanyak RM10,000 dan lesen memandu dikembalikan.

“Bersandarkan beberapa perkara termasuk situasi jalan berbukit yang gelap dan berselekoh di mana pemandu tidak boleh menjangkakan terdapat kumpulan berbasikal yang ramai di jalan itu pada 3 pagi.”

sam ke ting bernama
Berdasarkan keterangan pasukan penyiasat, terdapat pokok besar di laluan berkenaan dan pencahayaan malap walaupun terdapat lampu di tembok pembahagi jalan. Tetapi keputusan oleh mahkamah ini tidak disambut baik oleh keluarga mangsa.

“Kami terkilan kerana tidak dimaklumkan dan hanya mengetahui keputusan sudah dijatuhkan mahkamah melalui FB.”

keluarga mangsa lajak
Menurut Harian Metro, keluarga kepada lapan mangsa itu tidak dimaklumkan mengenai keputusan akhir pendakwaan itu. Tidak ada satu waris daripada keluarga yang hadir di mahkamah untuk mendengar keputusan akhir itu.

Advertisement

Saya pelik, minggu lalu kami ada hubungi peguam untuk mengetahui perkembangan tetapi dimaklumkan belum ada keputusan berhubung kejadian, malah hanya sekali saya dipanggil ke mahkamah pada tahun lalu dan itu saja prosiding mahkamah diikuti

Susulan keputusan mahkamah, rata-rata netizen bersetuju dengan pembebasan pemandu tersebut. Ini semua kerana segala bukti dan keterangan yang ada, memang jelas beliau tidak bersalah.

“Pengajaran untuk mak bapak abang kakak etc. Tengoklah dimana anak-anak adik beradik berada di kala malam.”


Sepanjang perbicaraan bermula pada Ogos 2017, 46 saksi pendakwaan dan 214 ekshibit dikemukakan di mahkamah. Lapan buah keluarga ini turut diwakili oleh tiga orang peguam.

Sumber: Harian Metro

Comments