Transformasi Demak Hubless Wheel Ini Seperti Mempunyai Sentuhan Futuristik

1133
Demak Hubless Wheel

Untuk mereka yang meminati bidang permotoran ini pastinya terpukau melihat transformasi yang dilakukan pada motor Demak ini. Siapa sangka dengan hanya perbelanjaan sebanyak RM1,500 perubahan yang hebat ini berjaya dibuat.

Pemiliknya, Azri memaklumkan bagaimana pada mulanya beliau terdetik ingin melakukan transformasi itu hanya berdasarkan video yang ditonton di Youtube dan melakukan sedikit kajian di internet.

Menurut Galeri Kereta, di Malaysia model Hubless Wheel ini berkemungkinan satu-satunya model yang mana tayar depan dan belakangnya tiada sokongan jaring di bahagian tengah roda.

“Asalnya motor ini motor Demak Evo ZR yang biasanya orang pun tak nak tengok. Jadi daripada terbiar macam tu sahaja, saya pun cuba mengubahnya menjadi lain dari yang lain.”

Motor Demak Hubless Wheel
Motor Demak Hubless Wheel
Memang lain dari biasa ni. Jauh betul beza dengan model asal motor Demak kan? Sekali pandang macam motor daripada model lain.

Sumber: The Vocket

Comments

comments