Trend Berbaju Kurung Kembali, Pemakaian Raja Permaisuri Agong Mencuri Tumpuan Rakyat

2850

Pemakaian sopan dan elegan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sentiasa menarik perhatian mereka yang melihatnya. Baginda yang selesa mengenakan busana baju kurung di mana-mana acara mencetuskan minat berbaju kurung dalam kalangan rakyat Malaysia.

Baginda yang melihat contoh dari pemakaian bonda dan nenda nya yang sering berbaju kurung turut mempengaruhinya dalam berfesyen. Bukan sahaja nampak kemas tetapi juga pemakaian baju kurung lebih sopan untuk digayakan.

Menerusi temu bual bersama Berita Harian baru-baru ini, baginda berkata busana baju kurung selesa untuk digayakan setiap hari termasuk ketika membeli-belah ataupun melawat kampung. Untuk acara rasmi, baginda selesa menggayakan baju kurung tenun Pahang Diraja.

Selain Tunku Azizah, pelakon terkenal Sharifah Amani juga dilihat sebagai ikon penggemar baju kurung. Sering kali menggayakan baju kurung di mana-mana acara di dalam negara malah ketika di luar negara juga.

Bukan sahaja berbaju kurung lengkap ada kalanya beliau akan menggayakannya secara kasual bersama seluar jeans untuk tampak santai dan bersahaja.

Melalui perkongsian di Twitter juga, nampaknya ramai yang turut sama berkongsikan gambar mereka menggayakan busana baju kurung yang dikatakan lebih selesa dan nampak kemas.

“Haritu jalan pusing KL dengan housemates, saja-saja plan pakai baju kurung, tiba kat masjid negara ramai tourist nak ambil gambar. Ni antara gambar kami dengan keluarga dari mexico.”

Twitter @sheqqahshy

Rasanya dah boleh kembalikan semula trend berbaju kurung ni dalam kalangan rakyat Malaysia. Bukan sahaja nampak ayu dan sopan tetapi juga dapat memartabatkan pakaian tradisional kita agar tidak dilupakan. 

Comments

comments