Trending Di Twitter, Datuk Dr Noor Hisham Diiktiraf Antara Doktor Terbaik Di Dunia Tangani Krisis COVID-19

dr noor hisham

China Global TV Network (CGTN) telah menamakan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebagai antara doktor terbaik di dunia dalam menangani krisis pandemik COVID-19. Di dalam laporan oleh CGTN itu, beliau disenaraikan sebagai antara tiga doktor terulung di peringkat global dalam perang menentang wabak ini.

Pengiktirafan diberikan oleh stesen televisyen China itu turut menyenaraikan Dr. Anthony Fauci dari Amerika Syarikat dan Dr. Ashley Bloomfield dari New Zealand. Ketiga-tiga individu penting ini menerima pujian masyarakat di negara masing-masing kerana menjadi sumber maklumat paling dipercayai.

Mereka juga dilihat berjaya menenangkan orang ramai di negara masing-masing sejak hari pertama wabak ini melanda. Menurut CGTN, mereka bukan menteri Kabinet, namun berjaya muncul sebagai ‘wajah’ negara masing-masing dalam memerangi wabak COVID-19, sehinggakan ada yang menggelar mereka sebagai ‘hero negara’.

Dr. Ashley Bloomfield
Dr. Ashley Bloomfield dari New Zealand
Dr. Anthony Fauci
Dr. Anthony Fauci dari Amerika Syarikat

Menurut CGTN, di tengah pandemik global yang tidak pernah dialami sebelum ini, ketika kerajaan di serata dunia kadang kala lambat bertindak atau memperkenalkan langkah yang mengelirukan serta menghantar mesej bercelaru, Dr Fauci, Dr Bloomfield dan Dr Hisham menjadi suara yang bermakna, menenangkan dan meyakinkan rakyat.

Advertisement

Trending di Twitter

trending twitter

Susulan laporan dikeluarkan CGTN ini, rata-rata masyarakat Malaysia bersetuju dengan pengiktirafan yang diberikan. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dilihat sentiasa sabar membantu rakyat Malaysia menangani pandemik ini setiap hari sejak daripada hari pertama lagi.

Beliau dilihat sangat tenang dan profesional di dalam sidang media yang dilakukan setiap hari bagi memberikan perkembangan terkini mengenai COVID-19 di Malaysia. Sikap tenang yang ditunjukkan beliau setiap hari dilihat sebagai salah satu faktor kepercayaan rakyat kepadanya.



Tahniah diucapkan kepada Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Diharapkan pengiktirafan yang diberikan ini dapat memberikan semangat kepada barisan hadapan negara untuk sama-sama berjuang menangani penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

Comments

comments