Trending #MansuhTouchNGo, Netizen Luah Kekecewaan

2514

Tanggal 5 November hari ini, kita semua tahu perkhidmatan tambah nilai di lorong keluar tol seluruh negara tidak lagi disediakan oleh Plus Malaysia Berhad(PLUS).

Baca ini: Mulai 5 November tiada lagi tambah nilai di plaza tol

Menurut PLUS, langkah yang dilakukan ini dapat menguranglan kesesakan lalu lintas dan memastikan keselamatan pekerja tol.

Kini tular di Twitter, #MansuhTouchNGo di media sosial menyaksikan netizen bengang dengan syarikat Touch ‘n Go yang bertindak menghentikan segala sistem khidmat tambah nilai ini.

Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan pihak Touch ‘n Go atas alasan diberikan yang sangat tidak relevan.

Menurut netizen, kesesakan lalu lintas akan berlaku apabila sistem tambah nilai ini dimansuhkan oleh Touch ‘n Go.

kesesakan lalu lintas

Geram netizen dengan Touch ’n Go makin membuak apabila ada beberapa netizen yang melaporkan bahawa sistem tambah nilai Touch ’n Go secara atas talian tidak berfungsi dengan baik.

Seorang pengguna Twitter @SaraZulkipli mempersoalkan sistem tambah nilai atas talian Touch ’n Go yang tidak berkesan dan menyusahkan pengguna.

Manakala bagi @mogiygjahat, beliau mempersoalkan sistem Touch ’n Go eWallet yang hanya berfungsi di beberapa tol pilihan dan tidak merangkumi semua.


Bukan itu sahaja, seorang lagi pengguna @XavierNaxa memberi idea bernas kepada Touch ‘n Go untuk menyelesaikan konflik ini.

Antaranya beliau mencadangkan untuk memperbanyakkan kiosk pandu lalu tambah nilai di setiap 1 kilometer sebelum tol keluar.

Tambah beliau lagi, jika sistem mengenal pasti kad tersebut tidak mempunyai nilai yang cukup, pembayaran tetap akan berlaku. Tetapi ianya akan menjadi nilai negatif dan akan ditolak apabila pengguna menambah nilai.

Semoga masalah ini dapat diselesaikan agar ia tidak membebankan rakyat pada masa akan datang.

Sumber: Twitter, Vocket

Comments

comments