Tuala Wanita, Perut Ikan Dan Sampah Sarap Dicampak Sewenangnya Dari Bahagian Atas Pangsapuri

Kita sering kali mendengar aduan atau rungutan daripada mereka yang tinggal di kawasan pangsapuri ataupun flat, mengenai sikap segelintir penduduk yang membuang sampah sewenang-wenangnya dari bahagian tingkat atas.

Hal ini menyebabkan kawasan sekitar menjadi kotor dan berbau, serta boleh mendatangkan bahaya sekiranya objek yang dibuang dari tingkat atas terkena kepada individu yang melalui kawasan itu.

Seorang wanita berkongsi di Twitter tentang pengalaman ‘hitamnya’, berikutan sikap negatif segelintir jirannya yang sesuka hati membuang sampah sarap sehingga menimbulkan ketidak selesaan orang lain.

Beradab bukan biadap

Wanita itu yang berkongsi beberapa keping gambar menunjukkan suasana kotor dan menjijikkan akibat segelintir penduduk di situ yang sesuka hati mencampakkan pelbagai sampah sarap seperti tuala wanita, perut ikan dan sebagainya dari bahagian atas.

Advertisement

Akibat sikap tidak bertanggungjawab dan boleh dianggap biadap ini, kawasan sekitar dan dalam rumahnya menjadi busuk dan berbau.

“Sentiasa wujudkan suasana aman damai dan ambil berat bukan bizibody. Jangan lakukan perkara yang menyakitkan hati jiran, mengotorkan kawasan kejiranan dan mengambil tahu hal peribadi jiran.”

Dalam kehidupan kita yang serba moden kini, perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Setiap individu perlu mempunyai kesedaran sivik yang tinggi untuk menjaga kebersihan dan keharmonian hidup berjiran.

Perkara seperti ini bukan sahaja mendatangkan kekotoran dan pencemaran bau, malah ia boleh medatangkan penyakit yang tidak mustahil mampu meragut nyawa.

Rata-rata pengguna Twitter melahirkan rasa kesal dan terkilan di atas sikap tidak bermoral ini. Perkongsian tersebut telah mendapat lebih 14,000 retweet dan komen.

Sumber : Twitter

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Comments

comments