Tudung Bawal RM50,000 Paling Mahal Di Dunia

26572

Peminat tudung bawal sahaja tahu mengapa mereka sanggup membelanjakan wang beratus-ratus demi sehelai tudung. Bak kata orang letak atas kepala pun nak mahal. Tetapi lain orang lain citasrasanya dan kemampuannya.

Bergantung kepada kemampuan, jika anda mampu tidak salah, tetapi yang tidak mampu tetapi gatal pergi beli itu mencari nahas namanya.

Terbaru semalam, seorang ahli perniagaan wanita telah menempah tudung termahal di dunia dari Bawal Exclusive untuk penyeri gaya pada hari raya pada harga RM50,000.

Bagi peminat Bawal Exclusive anda semua pasti sangat terkejut dengan keluaran terbarunya yang berharga RM50,000 sehelai ini kan?

Apa yang istimewa dan mahal sangat keluaran Bawal Exclusive kali ini?

Tudung bawal berwarna hitam bertatahkan kristal mewah Swarovski dibeli pelanggan dari butik ByQiss by Bawal Exclusive di Kuantan, Pahang yang tertarik dengan nilai eksklusif syarikat hijab mewah tempatan, Bawal Exclusive (BE).

Kebiasaan tudung diperbuat daripada fabrik voile dari Jepun direka mengikut rekaan dan personaliti pelanggan bermula tempahan hingga sentuhan akhir hijab. Urusan dikendalikan menerusi panggilan video dengan pereka negara terbabit.

Harga RM50,000 termasuk kos pereka profesional dan logistik dari Austria.

Harga sehelai tudung ini dah boleh buat deposit kereta dah!

Comments

comments