Tudung Edisi Terhad Duckscarves RM 800 Sehelai Habis Dijual Dalam Masa Lima Minit

261

Sekiranya anda sering mengikuti trend tudung online, pasti mengenali jenama Duckscarves yang dihasilkan dan dijual oleh Vivy Yusof. Tudung Duckscarves berharga ratusan ringgit, sesuai dengan kualiti premium tudung itu.
DuckscarvesAN

Terbaru, tudung Duckscarves bertema Kuala Lumpur yang merupakan edisi terhad berharga RM 800 sehelai tetapi habis dijual dalam masa lima minit di outlet tudung tersebut yang terletak di Pavilion.


Menurut cerita beberapa orang pengguna media sosial, tudung itu sepatutnya dikeluarkan untuk jualan pada pukul 10.00 pagi ini tetapi ia telah habis dijual sebelum dibuka kerana ada yang telah menunggu di hadapan kedai seawal jam 1.00 pagi untuk mendapatkan tudung edisi terhad itu. Mereka yang datang awal mula mnulis nama untuk memesan tudung tersebut seawal jam 7.00 pagi mengikut giliran.
C18l8kyVQAAf7KF
C18l8kyUsAAQyMe
Ini menimbulkan reaksi ramai di Twitter. Ada yang menganggap ia terlalu mahal dan tidak faham kenapa sesetengah peminat tudung tersebut sanggup berjaga pada pukul 1.00 pagi untuk membelinya. Peminat tudung Fareeda yang pernah popular satu ketika dulu pun kalah.


Apa yang anada perlu tahu, Duckscarves ialah tudung berkualiti premium dan harga itu boleh dijustifikasikan kerana tudung edisi terhad Kuala Lumpur berwarna merah jambu pudar atau dusty pink itu bertatahkan 200 butir batu kristal Swarovski.

;


Ada juga yang mengibaratkan jenama Duckscarves seperti barangan keluaran jemana mewah Hermes.


Sebenarnya betullah. Duckscarves ialah jenama tudung premium menggunakan fabrik berkualiti dan dihiasi pula dengan kristal Swarovski sebanyak 200 butir. Warnanya cantik dan rekaannya unik. Untuk itu, hanya sebilangan saja yang berminat dan mampu membelinya.

Yang nyata, ia bukan disasarkan untuk mereka yang hanya memakai bawal crepe RM 5 seperti penulis. Jadi marilah, walaupun teringin, sesiapa yang tidak mampu, kita mereput bersama-sama di bucu bilik.

Bagaimanapun, bagi mereka yang terlepas peluang membelinya, ia akan dijual untuk fasa kedua pada tarikh yang bakal diberitahu oleh Instagram The Duck Group. Jadi silakan follow Instagram yang dipautkan di bawah artikel untuk maklumat terkini. –amazingnara.com

15802221_369547946743926_2723099270998654976_n

15802376_247660562337790_8979713156263706624_n

15803804_318810971853570_6898582041407782912_n

15875993_628715040645753_4516527938492956672_n

15877408_1600639899952887_3104212060137848832_n

Sumber: Umi Salmah, The Duck Group

Comments

comments