Tular Gambar Pekerja-Pekerja Kilang Melanggar SOP di Hostel

Masih tidak serik dengan jumlah kes yang naik secara mendadak, sebuah akaun telah memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan jumlah pekerja warga asing yang berkerumun di dalam lif dan juga di sekitar hostel mereka tular di laman sosial.

Melalui beberapa gambar yang dimuat naik, jelas pekerja-pekerja tersebut tidak mengendahkan apa-apa SOP yang telah ditetapkan.

Dengan penuh selamba mereka masuk lif ramai-ramai

Advertisement

Berdasarkan gambar yang dimuatnaik ini, dipercayai mereka adalah pekerja kilang TopGlove.

Tiada penjarakan sosial, siap ada yang duduk berselamba ramai-ramai seolah tiada COVID-19

Kami tidak dapat memastikan dimana lokasi terperinci gambar-gambar ini diambil. Namun, menurut sumber, hostel ini berada di sekitar Petaling Jaya.

Sumber : FB

Comments