Tular Gambar Tidak Patuh SOP, MB Gesa Bazar Ramadan Di Kedah Lebih Peka

Bazar ramadan di kedah

Menjelang Ramadan, operasi bazar telah pun dijalankan mengikut kadar SOP yang ditetapkan. Namun, terdapat laporan daripada penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di bazar Ramadan di seluruh negeri Kedah yang dilihat amat mengecewakan.

Dalam hantaran terkini di laman Facebooknya, Menteri Besar, Muhammad Sanusi turut meluahkan rasa kesal kerana mendapati SOP tidak dipatuhi oleh sebahagian besar peniaga dan pengunjung bazar Ramadan.

“Adik, kakak, saudara, saudari yang berniaga dan yang mengunjungi bazar Ramadan di seluruh negeri Kedah, dimohon mematuhi SOP yang ditetapkan oleh MKN (Majlis Keselamatan Negeri)”

“Sebarang kecuaian dan kealpaan kita terhadap SOP boleh mencetuskan kluster baharu Covid-19, seterusnya akan membawa kepada penutupan semua bazar Ramadan yang menjadi sumber rezeki saudara mara kita sepanjang Ramadan ini,” katanya.

Hari ini tular di laman sosial gambar-gambar di bazar Ramadan di beberapa negeri termasuk Kedah, yang menunjukkan pengunjung serta peniaga gagal mematuhi SOP ditetapkan.G

Sehubungan itu, Muhammad Sanusi mengingatkan sekali lagi supaya semua pihak yang mengunjungi bazar Ramadan termasuk para peniaga supaya memastikan setiap SOP yang ditetapkan dipatuhi bagi mengekang penularan Covid-19.

Advertisement

Kedah mencatatkan 26 kes positif baharu Covid-19 daripada 2,148 kes baharu harian di seluruh negara hari ini.

SUMBER

Comments

comments