Tular Kegiatan Penggodam Jual Akaun Netflix Anda Serendah RM10

1569

Sebagai pengguna yang gemar menonton filem, mereka akan mengeluarkan modal lebih sedikit untuk membayar akaun Netflix setiap bulan. Maklumlah, anda boleh menonton pelbagai cerita yang digemari tanpa iklan.

Tetapi, baru-baru ini kecoh di media sosial, dimana ada orang yang menjual langganan servis Netflix dengan harga serendah RM10 daripada harga langganan rasmi.

Seorang warga Twitter menyarankan agar semua orang tahu bahawa penjual akaun Netflix ini telah menawarkan akaun Netflix serendah RM10 dan menggesa orang ramai supaya tidak membeli kerana mereka adalah pengodam akaun orang lain.


Sebagai pengguna, anda semua perlu mengetahui bahawa pakej paling rendah di Netflix bermula daripada RM33 sehingga RM51 sebulan.

Dalam bebenang Twitter beliau, beliau mengingatkan bahawa pengodam harus mempunyai sikap empati terutama kepada pemilik akaun premium yang sanggup membayar setiap bulan, tetapi anda telah menggunakan akaun mereka sesuka hati untuk dijual kepada orang lain.

Tindakan yang dilakukan oleh si penggodam ini adalah satu jenayah, sedarlah! terdapat segelintir netizen mendakwa bahawa akaun Netflix mereka telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Akaun Netflix digodam

Menerusi perkongsian-perkongsian netizen, terdapat beberapa cubaan untuk mengodam akaun mereka dan ada sebahagian akaun telah digodam.

Lebih mengejutkan, apabila ada yang berkongsi bahawa akaunnya ada di log in melalui peranti berbeza dan di tempat berbeza dimana bukanlah tempat keberadaan pemilik akaun berada.

 


Jika anda ingin melanggan Netflix, anda haruslah melanggan secara sah dan bukannya dengan cara seperti ini.

Tukar pasword

Ingat ya! jika anda merasakan akaun Netflix anda telah digodam, anda haruslah menukar password segera dan digalakkan menukar password berulang kali.

Ingat semua jangan beli akaun Netflix RM10. Kesian dekat pemilik akaun sebenar yang terpaksa membayar setiap bulan dengan harga yang mahal.

 

Sumber: Twitter

 

 

Comments

comments