Tular Ketua Pegawai Operasi FELCRA Tengking Pekerja Wanita Di Ladang, Ini Cerita Sebenar

185

Satu akaun Twitter menyebarkan satu video menunjukkan seorang lelaki didakwa Ketua Pegawai Operasi di FELCRA menengking dan memarahi seorang staf perempuan di kawasan ladang. Ia menjadi tular dengan pelbagai pihak memberikan reaksi kepada lelaki tersebut. Ada yang berkata lelaki itu bersikap melampau apabila memarahi dan menengking seorang wanita di ladang.

Namun begitu, lebih ramai dalam kalangan Netizen berpendapat apa yang dilakukan oleh lelaki tersebut adalah berpadanan dengan tugas dan peranannya terutamanya dalam pembangunan FELCRA.

“Banyak kau boleh belajar dari boss macam ini.”

“COO ni siap buat kelas lagi, kau ada?”

“Dia turun padang, dan marah staf sebab buat salah. So what?

“Jadi pemimpin bukan tugas yang mudah.”

Malah, wanita yang ditengking dalam video juga telah tampil memberi penjelasan dan menyifatkan Netizen yang mengecam tindakan lelaki tersebut tidak faham suasana kerja di ladang.


Suasana kerja di pejabat yang berhawa dingin manakan sama dengan suasana kerja di ladang. Jadi, apa yang dianggap luar biasa di pejabat kita mungkin satu norma pada suasana kerja orang lain.

Jadi berhati-hatilah jika ingin menularkan video jika maklumat anda tidak cukup lengkap. – amazingnara.com

Comments

comments