Tular Lelaki Solat Tengah Jalan, Polis Trafik Kawal Kesesakan

Lelaki 'Gila' Solat Tengah Jalan

Seperti yang kita tahu, solat atau sembahyang merupakan perkara wajib bagi umat Islam yang sudah akil baligh dan perlu ditunaikan sebanyak lima kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Malah, kebanyakan individu beragrama Islam diajar untuk solat daripada kecil lagi.

Solat juga merupakan rukun Islam yang kedua daripada lima rukun yang ditetapkan dalam Islam serta menjadi kewajipan umat Islam untuk melaksanakan perintah Allah SWT ini. Tindakan meninggalkan solat dengan sengaja akan mengakibatkan seseorang individu itu mendapat dosa.

Umum mengetahui, Islam merupakan agama yang mudah dan tidak menyulitkan. Kita boleh solat di mana-mana sahaja yang kita mahu asalkan tempat itu bersih serta tidak menggangu orang lain di sekeliling kita.

Advertisement

Tindakan seorang lelaki ‘gila’ solat tengah jalan

Menurut KOSMO, terdapat sebuah kejadian yang berlaku semalam di mana seorang lelaki yang dipercayai mempunyai masalah mental dilihat sedang mendirikan solat di tengah jalan raya.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Jalan Kuching, Petaling Jaya. Kejadian tersebut juga telah menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan itu dan memaksa anggota polis trafik untuk mengawal jalan raya.

Anggota polis trafik tersebut juga dilihat sedang berdiri di belakang lelaki itu sambil mengarahkan kereta-kereta supaya terus bergerak dan tidak memerhatikan kejadian itu agar tidak menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Tindakan lelaki itu dilihat tidak menghiraukan keadaan sekeliling

Susulan daripada kejadian itu, terdapat sebuah perkongsian video di laman Facebook daripada seorang pengguna laman tersebut yang memaparkan lelaki itu dilihat tidak menghiraukan langsung keadaan sekeliling dan tetap menerukan solat.

Dalam perkongsian video itu, anggota polis trafik itu dilihat tidak mengganggu lelaki tersebut sedang solat sebaliknya fokus menjalankan tugasnya mengawal lalu lintas di situ supaya keadaan lalu lintas tidak terjejas.

Bagaimanapun, tindakan pantas anggota yang bertugas tersebut untuk mengawal kesesakan lalu lintas serta tidak menghalang individu itu mendirikan solat wajar menerima pujian.

Setakat ini, tiada sebarang laporan penuh tentang kejadian yang berlaku dan diharapkan agar orang ramai tidak mengeluarkan sebarang spekulasi membabitkan individu tersebut.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERKOSMO

Comments