Tumbuk Anggota Polis Dan Rempuh SJR, Bekas Ratu Cantik Ditahan Reman

(GAMBAR HIASAN) Bekas ratu cantik ditahan polis.

Seorang wanita yang juga bekas ratu cantik ditahan polis selepas bertindak menumbuk salah seorang anggota dan merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Persekutuan hari ini.

Suspek berusia 28 tahun itu bertindak secara agresif kerana dipercayai mabuk dalam kejadian sekitar jam 3 petang.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid, wanita berkenaan memandu kenderaan bersama rakannya dari arah Kuala Lumpur menghala ke Petaling Jaya.

“Namun sebaik tiba di SJR Lebuhraya Persekutuan, suspek tidak memberhentikan kenderaan dan merempuh sekatan berkenaan”.

“Susulan itu, anggota peronda polis (MPV) mengejar kenderaan suspek sebelum berjaya menahannya”.

Tambahnya, suspek bagaimanapun menumbuk anggota polis berkenaan ketika cuba ditahan. Turut cedera ialah rakannya akibat dipukul suspek. Wanita itu dibawa ke ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tindakan lanjut.

Advertisement

“Suspek kini ditahan reman selama dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 26 (2) Akta Polis, Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988”.

SUMBER

SUMBERHarian Metro

Comments