Tumbuk Tengkuk, Pukul Dan Tampar, Pemilik Pusat Tahfiz Dera Pelajar Ditahan Polis

pelajar tahfiz didera

Polis menahan sepasang suami isteri yang juga pemilik pusat tahfiz Taman Tun Abdul Razak selepas didakwa terlibat dalam kes penderaan pelajarnya.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, segalanya terbongkar apabila bapa mangsa,35 tahun yang bekerja sebagai penghantar barang pergi ke sekolah anaknya jam 6.30 petang pada 23 April unutk membayar yuran dan berjumpa dengan anak lelakinya berusia lapan tahun.

Menurut lelaki itu, ketika itu dia mendapati anaknya berada dalam ketakutan dan menangis sambil memeluknya sebelum memberitahu  tidak mahu bersekolah di situ lagi.

“Selepas berbuka dia membawa anaknya balik ke rumah. Anak lelakinya kemudian memberitahu suspek lelaki ada tumbuk belakang tengkuknya, pukul dengan rotan di kaki dan tangan”.

penderaan kanak-kanak

Advertisement

“Manakala suspek kedua (isteri) pula ada tampar pipinya sebanyak empat kali. Susulan itu bapa mangsa tampil membuat laporan polis”.

Bertindak atas maklumat, polis menahan suspek di pusat tahfiz terbabit jam 3.45 petang semalam dan menyelamatkan lapan pelajar lelaki berusia 15 hingga 17 tahun yang turut didera mereka.

“Semakan awal juga dapati pusat tahfiz itu tidak mempunyai sebarang lesen dari kerajaan tempatan dan kebenaran dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)”.¬†

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

SUMBER

Comments

comments