Tumbuk Tentera Kerana Tahan Kereta Di Pintu Pagar, Pegawai Kanan Tentera Disiasat

39


Satu video yang tular di Twitter menunjukkan seorang anggota tentera yang berkawal di pintu pagar ditumbuk seorang lelaki, dipercayai seorang pegawai kanan tentera hanya kerana menahan kereta yang dinaiki pegawai tersebut.


Insiden itu didakwa berlaku di Kem Tentera Sungai Udang, Melaka, telah dirakamkan melalui kamera litar tertutup.

“Majoriti di Sungai Udang ialah komando.”

“Tak tahu ke ada CCTV?”

“Dia buat kerja dia saja.”

Sementara itu, BERNAMA melaporkan, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dalam satu kenyataan berkata dakwaan seorang pegawai kanan Tentera Darat menumbuk anggota bawahan sedang disiasat.

Beliau berkata, siasatan juga dijalankan secara bebas dan adil.

Selaku Menteri Pertahanan, saya mengambil maklum. Pihak Tentera Darat sedang melakukan siasatan segera dan akan mengeluarkan laporan terperinci mengenai kejadian tersebut.

Saya memberi jaminan bahawa siasatan ini akan dijalankan secara bebas dan adil serta tiada sebarang ‘cover up’ dilakukan.

Ramai menyatakan kelegaan mereka setelah Menteri Pertahanan sendiri mengeluarkan kenyataan. – amazingnara.com via BERNAMA

Tinggalkan komen anda