Tunku Azizah Sediakan Makanan Daripada Air Tangan Sendiri Buat Staf Perubatan Urus Pesakit COVID-19

1480

Dalam semua petugas perubatan sibuk melawan penularan COVID-19, ternyata huluran sumbangan yang diberikan oleh orang ramai mampu menceriakan hari-hari mereka. Seperti dahulu apabila jenama ‘bubble tea’ terkenal iaitu Tealive telah memberikan minuman percuma kepada staf yang bertugas di Hospital Sungai Buloh.

BACA: Tersenyum Gembira, Tealive Beri Minuman Percuma Buat Staf Hospital Bertugas Urus Pesakit COVID-19

Kelmarin pula, Raja Permaisuri Agong iaitu Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah menyediakan bekal makanan hasil daripada air tangannya sendiri untuk para petugas perubatan di fasiliti kesihatan yang sama dan juga kakitangan di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) di Kementerian Kesihatan yang terletak di Putrajaya.

Nasi goreng dan sambal ikan bilis

Seperti yang diketahui semua, Tunku Azizah merupakan seorang yang sangat suka memasak dan ini bukanlah kali pertama Raja Permaisuri Agong menggunakan kepakarannya itu untuk memggembirakan orang lain. Kesemua staf yang berpeluang merasa sendiri masakan Tunku Azizah nyata memuji kesedapan masakan yang disediakan olehnya.

Dalam entri yang dimuat naik menerusi laman Instagramnya, dia mendoakan agar kesemua kakitangan perubatan seperti doktor, jururawat dan staf lain akan sentiasa dilindungi kerana bertungkus-lumus untuk kesenangan Malaysia.

Nasi berlauk

Bukan itu sahaja, malahan Tunku Azizah turut menyediakan juadah sayur jawa, kari telur, dan ayam goreng kunyit untuk petugas di Hospital Kuala Lumpur dan CPRC pada hari ini pula.

Kesemua staf perubatan yang disajikan dengan makanan yang sedap dalam keadaan yang genting ini, nyata bersyukur dengan budi baik Raja Permaisuri Agong. Dalam kesibukan menguruskan pesakit, sudah pasti juadah yang disajikan dapat membuatkan mereka sedikit gembira.

Terima kasih kepada semua staf perubatan yang berusaha keras untuk menguruskan pesakit COVID-19!

Comments

comments