“Turun 12kg Dalam Masa 79 Hari” Gadis Ini Kongsikan Pengalaman Diet Suku-Suku Separuh

1316

Bukan senang untuk lalui fasa diet untuk turunkan berat badan. Sekarang ni pun ada macam-macam trend dan kaedah diet yang semua boleh cuba. Ada atkins diet, keto diet, vegetarian diet, no sugar diet dan banyak lagi lah.

Tapi dalam banyak-banyak cara ni, yang paling popular sekali ialah intermittent fasting (IF). Ini semua bermula apabila pelakon popular, Lisa Surihani dedahkan beliau berjaya turunkan berat dengan banyak mengikut cara ini.

Dan nampaknya cara ini memang betul-betul menjadi apabila gadis ini turut berkongsikan pengalamannya mengamalkan IF untuk turunkan berat badan. Juzzlika berjaya turun hampir 12kg dengan menggabungkan IF dan diet suku-suku separuh dalam masa 79 hari.

Turun hampir 12kg

Juzzlika berkongsikan dia mengamalkan cara IF dengan teknik 16/8 iaitu 16 jam puasa dan 8 jam makan. Tapi bukan maksudnya makan tanpa henti untuk 8 jam tu ye! Untuk IF ni contohnya, anda mula makan jam 12 tengahari hingga jam 8 malam. Yang selebihnya anda berpuasa tetapi boleh minum air kosong.

“IF ni bukan diet, tapi ia satu cara atau teknik untuk ajar diri kita tahan lapar, dan aku tambah sikit cara aku, aku ajar diri aku x mengunyah. Method iaitu IF, Diet kita buat suku separuh.”

Ini antara contoh makanan yang dikongsikan mengikut diet suku-suku separuh.

makanan nasi
makanan
makanan

Untuk pilihan makanan terserah pada pilihan masing-masing. Asalkan masih lagi mengikut konsep suku-suku separuh tu. Dan macam apa yang Juzzlika amalkan, untuk lauk memang tak ambil kuah. Jadi boleh lah jimat kalori di situ.

Yang paling penting sekali, minum air yang secukupnya. 

Perubahan berat badan

Selepas mengamalkan diet ini, berat badan terkininya sudah mencecah 56.7kg daripada berat asal 68.9kg. Tengok sajalah perubahannya kini. Memang nampak beza!

gadis
gadis
gadis
gadis
Untuk anda yang memang dah lama rancang untuk turunkan berat badan tu, boleh lah ikut cara ni. Yang penting, cara ini lebih selamat dan tak membahayakan.

Sumber: Twitter

Comments

comments