TV6 Akan Diperkenalkan RTM Tak Lama Lagi, Memfokuskan Kandungan Retro Tempatan

Walaupun telah wujud sejak tahun 1946 lagi, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tetap bertahan sehingga sekarang. Bukan tu jer, RTM juga akan melancarkan saluran TV baru yang dipanggil TV6 tak lama lagi gais.

Walaupun masih belum rasmi lagi, tapi RTM telah menawarkan TV6 dalam bentuk percubaan pada pukul 7 pagi sehingga 12 malam. Bagi korang yang menggunakan MyFreeView pula, siaran tersebut akan ada pada saluran 113 dalam resolusi HD tau.

Kalau korang nak tahu, TV6 ini akan memfokuskan kandungan retro tempatan gais. Bukan tu jer, mereka juga akan menyiarkan kandungan drama dan filem untuk korang tonton bersama keluarga.

RTM mungkin akan memperkenalkan TV6 ini secara rasmi menjelang ulang-tahun mereka yang ke-75 nanti. Apapun, stay tuned gais untuk tahu perkembangan lanjut.

Advertisement

Sumber

Comments

comments