Ubah Suai Kereta Mirip Toyota Alphard, Lelaki Ini Membelanjakan Kira-Kira RM10K Wang Simpanan

5077

Siapa sangka kerana minat yang mendalam pada kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard mendorong lelaki ini untuk mengubah suai keretanya mirip kepada kenderaan itu.

Bertugas sebagai Juruteknik dan Logistik Proton memberikan kelebihan kepada Mohd Nazir Mohd Kassim, 48 dalam membantu proses pengubahsuaian itu. Beliau yang mengubah suai kenderaan Nissan Serena C23 keluaran tahun 1997 ini mirip seakan Toyota Alphard.

Untuk proses pengubahsuaian ini, beliau telah membelanjakan sebanyak RM10,000 wang simpanannya.

Bagi memastikan kenderaannya mirip kepada kenderaan MYP itu, pemasangan tingkap pada bahagian bumbung dilakukan bagi menampakkan elemen mewah dan eksklusif.

Pengubahsuaian ini banyak melibatkan aksesori kenderaan seperi rim aloi bersaiz 18 inci selain menambah bumper depan dan belakang menggunakan bumper Toyota Ipsum.

Walaupun sudah berusia 22 tahun namun kenderaan ini masih mampu menempuh perjalanan yang jauh seperti ke Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Sekiranya anda berminat untuk melakukan sebarang pengubahsuaian kenderaan, anda boleh menyemak garis panduan pengubahsuaian kenderaan persendirian di portal rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).

Sumber: Metro

Comments

comments