Ubat Remdesivir Diberi Kelulusan Sebagai Rawatan Virus COVID-19 Pertama Di Jepun

Remdesivir

Khamis lalu pihak kesihatan Jepun telah meluluskan remdesivir bagi digunakan sebagai rawatan virus COVID-19. Ini berikutan komen yang diberikan mengenai ubat antivirus keluaran Amerika Syarikat (AS) itu, dapat menjadikan proses penyembuhan berlaku dengan berkesan.

Remdesivir dibangunkan oleh syarikat farmasi Amerika, Gilead Sciences dan akan diberikan kepada pesakit positif COVID-19 yang kritikal.

Ubat ini muncul sebagai ubat pertama yang diluluskan oleh kementerian kesihatan Jepun untuk merawat virus bahaya tersebut.

Remdesivir

Kelulusan diberikan selepas empat hari permohonan yang dibuat pihak Gilead Sciences sejak Isnin lalu. Ubat-ubatan yang dijual di luar negara perlu berada di bawah semakan dan proses semakan ubat remdesivir telah dipercepatkan.

Advertisement

Pentadbiran Makanan dan Dadah AS telah memberikan kebenaran penggunaan kecemasan ubat remdesivir minggu lalu. Akhir bulan lalu, Institut Kesihatan Nasional AS mengumumkan hasil percubaan mendapati pesakit COVID-19 yang dirawat menggunakan remdesivir pulih dalam masa 11 hari.

ujian klinikal
Gambar hiasan

Berbanding ubat placebo di mana pesakit secara purata pulih dalam masa 15 hari. Percubaan tersebut tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan terhadap jumlah kematian.

Kementerian Kesihatan Jepun menyasarkan untuk menggunakan ubat selesema Avigan bagi mengubati kes-kes COVID-19 yang tidak kritikal. Jepun juga sedang dalam usaha untuk memperluaskan pembangunan perubatan agar segera dapat memulihkan kembali ekonomi negara tersebut.

Sumber 

Comments

comments