UiTM Kurangkan Yuran Konvokesyen Norma Baharu

Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Profesor Datuk Dr Mohd Azraai Kassim dan Pengurusan Tertinggi UiTM dalam satu kenyataan media melaporkan, pihaknya telah membuat keputusan untuk memberikan pengurangan yuran konvokesyen sesi ke-92 sebanyak RM40 bagi semua graduan yang akan melangsungkan majlis graduasi secara Janji Temu.

Ia diputuskan susulan pihaknya amat prihatin dengan situasi gejala pandemik Covid-19 yang semakin menjadi-jadi kini.

Jumlah pengurangan yuran yang diberikan secara automatik itu dilaksanakan bagi mengurangkan beban yang perlu dibayar oleh para graduan.

Advertisement

“Sebelum ini, yuran konvokesyen yang dikenakan terhadap para graduan adalah pada kadar antara RM150 hingga RM230 mengikut peringkat pengajian. Kini, para graduan hanya perlu membayar yuran tersebut pada kadar antara RM110 hingga RM190 sahaja,”

Untuk rekod, Penganugerahan Diploma/Ijazah Secara Janji Temu selari dengan norma baharu kini yanh dijadualkan bermula pada 7 Nobermber 2020 ditangguh ke tarikh baharu iaitu pada 1 Disember 2020.

Sebagai pengesahan, graduan juga diseru supaya mengisi dan mendaftar semula Sistem Janji Temu yang dibuka bermula 26 Oktober hingga 8 November 2020 di laman sesawang https://konvokesyen.uim.edu.my/v1/

Sumber: Konvokesyen UiTM

Comments

comments