UKM Akui Beri Nur Fitri Azmeer Nordin Peluang Kedua

6979

Melalui satu kenyataan rasmi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengakui ia telah memberi pesalah pornografi kanak-kanak rakyat Malaysia, Nur Fitri Azmeer Nordin ‘peluang kedua’ untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah.

Malah, Nur Fitri telah menjadi pelajar di situ sejak tahun 2016.

Kenyataan media itu dikeluarkan oleh Pusat Komunikasi Korporat UKM, dengan tidak ditandatangani oleh mana-mana wakil rasmi bagi universiti itu.

Nama Nur Fitri Azmeer Nordin, 27, tular kembali apabila dia didedahkan menjalani pengajian peringkat pasca-graduasi di UKM dan ia sebelum ini tidak dihebahkan. Ia menimbulkan kebimbangan kerana di luar negara, terdapat daftar untuk pesalah jenayah seksual kanak-kanal yang boleh diakses oleh orang ramai supaya mereka lebih berhati-hati.

“Nur Fitri Tak Rasa Dia Buat Salah.”

Sebelum ini, penyelia Nur Fitri di UKM yang enggan dinamakan memberitahu bahawa dia seorang genius dan ‘dari kaca mata Nur Fitri, dia tak buat salah pun.’

Kenyataan ini menimbulkan kontroversi kerana ia memberi bayangan yang dia tidak menyesal atas perbuatan tersebut dan ada kemungkinan boleh mengulanginya.

Apa maksudnya didaftar sebagai pesalah jenayah seksual kanak-kanak di Amerika Syarikat?

Di luar negara, kesalahan meyimpan bahan pornografi kanak-kanak ialah satu jenayah yang dianggap sangat serius. Pesalah boleh dikenakan hukuman penjara dari empat hingga tujuh tahun, diikuti pemantauan  selama 20 tahun.

Sebagai pesalah berdaftar, seseorang itu diharamkan dari berkomunikasi dengan sesiapa di bawah usia 18 tahun melainkan dengan kehadiran ibu bapa atau penjaga berdaftar. Mereka juga akan dipakaikan pemantau Sistem Kedudukan Sejagat (GPS) membolehkan lokasi mereka dikesan pada bila-bila masa.

Pesalah juga dilarang dari berada dalam jarak 100 kaki (30.5 meter) dari mana-mana sekolah, taman rekreasi awam, kolam renang awam, arked video dan taman permainan. Jika melangggar peraturan ini, mereka boleh ditangkap dan didakwa.

Kebarangkalian untuk pesalah jenayah seksual kanak-kanak mengulangi kesalahan jenayah mereka berada pada julat antara 18 hingga 45% di Amerika Syarikat.

“Nur Fitri Tidak Berada Dalam Daftar Pesalah Jenayah Seksual Kanak-kanak Kerana Disabitkan Bersalah Pada Tahun 2015.”

Sementara itu, pada 23 Ogos,Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh, memberitahu dalam satu kenyataan bahawa rekod pesalah jenayah seksual kanak-kanak hanya didaftarkan dari tahun 2017 kerana ia berada di bawah akta baru jenayah itu yang berkuatkuasa pada tahun 2017, manakala Nur Fitri disabitkan bersalah di Britain pada tahun 2015.

Daftar itu yang dilancarkan pada 26 Mac lepas terdiri dari pesalah jenayah seksual kanak-kanak, yang mengandungi nama lebih kurang 3,000 pesalah jenayah yang disabitkan dari 2017 sehingga 18 Februari 2019.

Daftar itu boleh diakses mulai 1 April 2019 untuk membolehkan ibu bapa, sekolah, pusat jagaan kanak-kanak dan institusi keagamaan kanak-kanak untuk mengenal pasti sama ada individu yang memohon pekerjaan dalam bidang berkaitan kanak-kanak mempunyai rekod jenayah seksual kanak-kanak. – amazingnara.com

 

Comments

comments