Umpan Untuk Aniaya Kucing Dan Anjing Jalanan, Roti Dan Sosej Disumbat Paku Dan Jarum

roti sosej paku

Sebelum ini kecoh apabila gambar kucing dan anjing jalanan yang dicat/disembur pewarna tular di media sosial. Aktiviti kekejaman pada haiwan jalanan itu dikatakan dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk tujuan menganiaya haiwan tersebut.

Baca: Dahulu Trend Anak Ayam Berwarna, Kini Anjing Dicat Warna Hijau

Yang terbaru pula, netizen menjumpai makanan yang diberikan kepada haiwan jalanan yang disumbat dengan benda yang merbahaya. Roti dan sosej yang ditinggalkan di tepi jalan ini telah disumbat dengan paku dan jarum.

“PLEASE ALERT! Tolong tengok makanan yang ditabur di perumahan dan kawasan parking anda, dikatakan makanan ini sengaja diberi pada anjing dan kucing makan.”

sosej paku
Kredit: Facebook
roti paku
Kredit: Facebook

Perkongsian di Facebook Kelab Pencinta Kucing Malaysia ini dimuatnaik untuk memberi kesedaran kepada orang ramai di luar sana. Kebiasaannya paku dijumpai di atas jalan untuk menganiaya penunggang motorsikal.

Advertisement

Kali ini, mereka lebih kejam dengan mengumpan kucing dan anjing jalanan dengan makanan. Netizen juga menasihatkan orang ramai untuk memeriksa dulu keadaan makanan yang ditinggalkan kepada haiwan jalanan ini jika ada melihatnya di mana-mana.

Artikel berkaitan: Demi Menyelamatkan Kucing Di Dalam Longkang, Lelaki OKU Sanggup Merangkak

Comments

comments