“Umur Dia Seperti Sebaya Dengan Ibu Saya”, Lelaki Ini Nekad Membatalkan Perkahwinan Saat Akhir Selepas Ditipu

14649

Seorang lelaki bertindak membatalkan pernikahannya pada saat akhir apabila mendapat tahu bakal pengantinnya bukanlah orang yang sama dikenalinya. Yusuf yang menjadi mangsa keadaan ditipu oleh seorang wanita tua yang menggunakan gambar wanita lain.

Sepanjang dua tahun menjalinkan hubungan jarak jauh dengan pasangannya itu, mereka tidak pernah berjumpa walau sekalipun. Malah wanita itu juga menolak pelawaan untuk bervideo call kerana bimbang identitinya diketahui.

“Pernah ngasih foto, pernah kita mau deket nikah ini sebelumnya hanya telepon suara, itu juga mau (ngirim foto) karena aku paksa, ada unsur paksaan”

Yusuf yang bekerja sebagai Buruh Migran Indonesia di Korea Selatan sanggup terbang ke Taiwan untuk menikahi kekasih hatinya itu. Untuk penipuan itu, wanita tersebut menggunakan gambar seorang jurumekap juga dari Indonesia sebagai identiti dirinya.

Intan Permata jurumekap dari Indonesia
Bukan sahaja telah ditipu identiti malah Yusuf juga memberitahu sering mengirimkan duit belanja dan perbelanjaan tiket kapal terbang yang semuanya berjumlah kira-kira 10 juta Rupiah (RM2,945.35).

Wanita tersebut menetapkan syarat jika betul Yusuf menyayanginya, mereka perlu berkahwin walaupun hanya sekadar nikah gantung.

“Pada hari perkahwinan, Yusuf walaubagaimanapun terkejut melihat bakal pengantinnya yang kelihatan umur sebaya dengan ibunya sendiri.”

wanita tua berpakaian pengantin
pasangan pengantin membatalkan perkahwinan
Kes yang tular ini telah mendapat perhatian dari pemilik asal gambar tersebut yang juga terkejut gambarnya diambil oleh individu lain.

Macam-macam hal sekarang ni. Harap saudara Yusuf banyakkan bersabar. Mungkin ada jodoh yang lebih baik tengah menunggu. 

Sumber: Tribun

Comments

comments