Unik! Buat Pertama Kalinya, Jepun Cipta Pelitup Muka Daripada Roti

Pemakaian pelitup muka atau face mask menjadi salah satu usaha yang dilakukan hampir di semua negara sebagai inisiatif supaya tidak dijangkiti wabak Covid-19.

Terdapat beberapa pelitup muka yang dicipita untuk keselesaan pengguna dan sudah pasti ianya selamat daripada segi kesihatan.

Di Jepun, tiga orang penuntut universiti daripada Fukuoka dan Okinawa telah mencipta satu idea untuk menghasilkan satu pelitup muka yang bertujuan supaya pengguna dapat menghidu bau yang harum sepanjang hari.

Idea yang cuba dihasilkan itu ialah dengan mencipta satu pelitup muka daripada roti iaitu melon bread atau melon pan yang mana ianya merupakan sejenis roti yang popular di Jepun, lapor soranews. 

Advertisement

Pasti ramai yang menyangka pelitup muka yang mereka cuba hasilkan ini seperti gimik namun ianya sudah diuji oleh Institut Penyelidikan Unitika Garmentec dan selamat digunakan.

Meskipun penuntut univerisiti ini mengemukakan idea tersebut, mereka juga memerlukan bantuan daripada makmal eksperimen Goku no Kimochi The Labo untuk mempraktikkan idea itu.

Pelitup muka roti ini bakal dijual secara online di negara Jepun dengan harga 1,800 yen (RM 67).

Sumber

SUMBERSoranews

Comments