Uniknya Fesyen Dua Pemuda Dari Asia Ini

1824

Menjadi seorang yang berbeza dan berlainan adalah sesuatu yang sangat sukar buat seseorang dalam sesuatu bidang kerana takut dipandang pelik oleh orang lain.

Tetapi tidak bagi Apichet “Madaew’” Atirattana dari Thailand. Sebagai seorang pengemar fesyen, remaja ini memilih untuk menukarkan sampah di perkampungannya sebagai sebuah fesyen yang unik.

remaja Thailand tukar sampah jadi fesyen

Tiga tahun lepas beliau telah menjadi perhatian dunia dengan fesyen yang digayakan yang diperbuat daripada barangan harian di sekitar kampung.
3 tahun lepas jadi tarikan dunia dengan fesyen yang digayakan'

Saya ingin orang lihat barangan yang buruk apabila digabungkan akan menjadi sebuah fesyen yang cantik tanpa menggunakan wang.

Beliau ingin orang tahu sampah tukar jadi fesyen akan jadi cantik

Bukan beliau searang, kini seorang pemuda dari China pula mengikut jejak langkahnya menjadi supermodel dengan menggunakan barangan buangan.

Lu Kaigang, 20  yang cukup kreatif menukar barang-barang terpakai serta harian kepada busana fesyen mengikut trend untuk diperagakan.
Lu dari China juga mengikut jejak langkah cipta fesyen dari sampah

Pemuda bernama Lu adalah seorang supermodel di perkampungannya sendiri kerana kreativiti dan kemahirannya ibarat supermodel hebat tanpa ada bimbingan daripada sesiapa.

Saya sangat gemar menonton fesyen show sejak dari kanak-kanak lagi. Semasa saya berasa di grade 5 atau 6, saya melihat supermodel yang sedang memperagakan baju itu sangatlah cool.

Saya nak sangat jadi supermodel apabila saya dewasa nanti. Tetapi saya tidak pernah ada masa kerana sibuk berkerja walaupun sudah lama ingin menjadi supermodel.

Walaupun beliau tidak mempunyai pentas peragaan ini tidak menghalang Lu untuk mengayakan fesyen di mana-mana sahaja di kampungnya dengan sangat berstail berlatar belakangkan pemandangan yang cukup cantik.

Menurut Kai, idea ini datang sendiri tanpa diduga. Saya tidak mendapat idea sehingga saya mula merakam video.

Dari situlah baru mendapat idea untuk muzik latar, angle dan latar berlakang muncul apabila saya mula dirakam.

Semua gaya dan pose yang dilakukan adalah idea dari fesyen kegemaran Lu iaitu dari Victoria’s Secret Angels.

Saya perhatikan model seperti Karolina Kurkova dan Karlies Kloss berjalan, Kemudian saya akan meniru pergerakan dan mimik muka mereka sehingga mirip.

Jika anda lihat gaya Lu dah macam supermodel sebenar. Semoga beliau diberi peluang untuk memasuki bidang fesyen dan berjaya.

Anda boleh melihat sendiri bagaimana beliau melakukan cat walk di video ini di sekitar kampunganya.

Wah, hebat sungguh bakat dua pemuda ini. Kejarlah impian anda selagi anda mampu dari sekarang. Jangan sesekali mendengar kritikan orang terhadap diri sendiri.

Sumber: South China Morning Post, The Thaiger

Comments

comments