Koleksi One Piece ‘Stampede’ Sudah Boleh Dibeli Di Semua Cawangan Uniqlo Hari Ini

1638

Bersempena dengan filem One Piece yang terbaru iaitu One Piece Stampede, Uniqlo sekali lagi berkerjasama menghasilkan rekaan baju berinspirasikan filem tersebut.

Sebelum ini Uniqlo pernah bekerjasam untuk koleksi Shonen Jump dan yang paling terbaru ialah koleksi ulangtahun ke-20 tahun. Koleksi Uniqlo X One Piece Stampede ini mempunyai rekaan bercirikan dari filem terbaru ini. Tampil dengan rekaan yang boleh dimiliki oleh orang dewasa dan juga kanak-kanak.

Untuk koleksi ini menampilkan ciri-ciri untuk kejadian yang berlaku di dalam filem One Piece Stampede. Koleksi Uniqlo X One Piece Stampede sudah boleh mula dibeli hari ini. Anda boleh dapatkannya di seluruh cawangan Uniqlo atau secara atas talian di laman rasmi Uniqlo.

Filem One Piece Stampede akan berada di pawagam seluruh Jepun pada 9 Ogos 2019 ini. 

Comments

comments