UPSR Dimansuhkan Sepenuhnya, PT3 Dibatalkan Tahun Ini – Kementerian Pendidikan

UPSR MANSUH PT3 BATAL

Setelah perbincangan secara berkala dilakukan, Kementerian Pendidikan mengumumkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dimansuhkan sepenuhnya bermula tahun 2021 manakala Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) untuk tahun ini dibatalkan.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, selaras pemansuhan UPSR dan pembatalkan PT3, maka pihaknya akan melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)  untuk mengukur pencapaian murid terlibat.

Katanya, Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) akan digunakan murid-murid terlibat untuk kemasukkan ke sekolah berasrama penuh untuk tingkatan satu dan empat.

“Bagi murid sekolah rendah, kita akan perkasa PBD bermula tahun 2021 untuk bagaimana pentaksiran diadakan”

“Pemansuhan UPSR dibuat setelah kita membuat libat urus dengan pelbagai pihak termasuk ibu bapa, guru dan murid. Malah pagi ini saya telah bentang memorandum Jemaah Menteri, untuk pemansuhan UPSR sepenuhnya bermula 2021″

Bagi PT3, antara asas dipertimbangkan adalah mengambil kira masa yang ada murid untuk buat persediaan secara bersemuka dengan guru, keadaan penularan pandemik belum ditangani sepenuhnya dan keadaan semasa.

Advertisement

Semoga keputusan ini dapat menjadikan institusi pendidikan di Malaysia lebih baik dan berkembang sesuai normal baharu era kini.

SUMBER

Comments

comments