Ustazah Asma’ Harun Gesa Group Facebook ‘Riak Apa Hari Ini’ Ditutup

Majoriti masyarakat Malaysia menggunakan laman Facebook menjadi satu platform untuk berkongsi sesuatu terhadap orang lain. Namun, pada masa yang sama ada perkara yang perlu dikongsi dan ada juga tidak wajar untuk dikongsi kepada orang awam.

Terbaharu, sebuah group di Facebook telah ditubuhkan dengan nama ‘Riak Apa Hari Ini’ menjadi tempat untuk pengguna-pengguna Facebook berkongsi atau menunjuk sesuatu (riak) di dalam group tersebut. Walaupun kewujudannya baru sahaja di Facebook, namun ianya mampu memperoleh 128,000 ahli di dalam group tersebut.

Sehubungan itu, kewujudan group ini mendapat perhatian daripada seorang pendakwah bebas iaitu Ustazah Asma’ Harun yang berpendapat bahawa group tersebut perlu ditukar nama atau ditutup terus.

Advertisement

“Pelbagai kemungkaran dan dosa sedang dihalalkan atas nama gurauan.”

Tambahnya, group tersebut menggalakkan perbualan bebas gurau senda lelaki dan perempuan, mendedahkan aurat, menunjuk harta yang dimiliki dengan caption riak tapi diselitkan dengan unsur gurauan.

Rata-rata ramai juga yang bersetuju bahawa budaya menunjuk-nunjuk atau riak ini tidak sesuai untuk dilakukan.

Sumber 

SUMBERFacebook

Comments