Vaksin Sinovac Berkesan, Sama Seperti Pfizer – Dr Noor Hisham

Sinovac berkesan sama seperti Pfizer

Kebelakangan ini, terdapat segelintir rakyat Malaysia yang meragui keberkesanan beberapa vaksin seperti Sinovac yang dianggap tidak berkesan melawan varian baru Covid-19 iaitu varian Delta.

Terbaru, hasil data yang diperolehi oleh Jabatan Kesihatan Malaysia mendapati vaksin Sinovac dan Pfizer mempunyai tahap keberkesanan yang sama.

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata tidak banyak perbezaan ditemui antara vaksin Sinovac dan Pfizer dalam penggunaan secara praktikal.

Dr Noor Hisham berkata perkara ini dibuktikan menerusi laporan ‘New England Journal of Medicine’ yang menunjukkan data perubatan negara Chile yang menggunakan vaksin Sinovac.

Advertisement

“Kedua-duanya sangat efektif dalam mengelakkan penyakit teruk Covid-19 dan sehingga dimasukkan ke hospital namun kurang berkesan menentang kesan ringan atau yang tidak mempunyai gejala,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya.

Data itu diperolehi hasil daripada 4.2 juta penduduk lengkap divaksin berbanding 5.5 juga tidak divaksin sepanjang tempoh Februari hingga Mei lalu.

“Sinovac didapati mengurangkan jangkitan Covid-19 sebanyak 65.9 peratus, mengurangkan kemasukan ke hospital sebanyak 87.5 peratus.

“Selain itu ia mengurangkan kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) sebanyak 90.3 peratus dan mengurangkan kematian sebanyak 86.3 peratus,” katanya.

Pada masa yang sama, menurut Dr Noor Hisham, Kementerian Kesihatan Israel mendapati vaksin Pfizer dapat mengurangkan kadar jangkitan terhadap virus Covid-19 sebanyak 64 peratus.

Selain itu, Pfizer juga menunjukkan 93 peratus berkesan terhadap simptom serius yang menyebabkan kemasukan ke hospital.

Sumber

SUMBERBerita Harian

Comments