Varian Lambda Dikesan Di 30 Negara, Lebih Berbahaya Daripada Delta

varian lambda

Dilaporkan satu varian dikesan telah merebak di United Kingdom dengan enam kes aktif di negara tersebut. Malah apa yang lebih membimbangkan varian ini lebih mudah berjangkit daripada varian Delta.

Menerusi laporan News.com.au, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) memaklumkan Varian Lambda sudah merebak ke 30 buah negara semenjak empat minggu lepas. Varian ini pertama kali dikesan di Peru dan mengakibatkan sebanyak 81 peratus kes dikesan sejak April.

Pun begitu, hal ini memberi satu petunjuk yang membimbangkan kepada penduduk United Kingdom kerana negara tersebut baru sahaja melonggarkan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan ketika pandemik selepas lebih kurang 37 juta orang telah menerima satu dos vaksin.

amerika selatan
Sumber : The New York Times

Ia dapat dilihat ketika negara tersebut kembali menjalankan hidup dalam keadaan normal apabila ramai penonton membanjiri stadium ketika menonton Euro2020 baru-baru ini tanpa menggunakan pelitup muka. Walau bagaimanapun, kebebasan ini hanya akan sementara jika varian Lambda sangat mudah tersebar dalam kalangan masyarkat.

Advertisement
euro2020
Sumber : Today Online

Menurut para saintis di Univerisity of Chile, vaksin terkini dipercayai tidak begitu berkesan untuk menghalang varian ini merebak.

Sumber

SUMBERNews.com.au

Comments