Veteran Perang Dunia Kedua Berusia 99 Tahun Sembuh COVID-19 Tanpa Bantuan Ventilator

ermando piveta

Seperti yang semua sedia maklum, wabak COVID-19 bukanlah satu perkara yang boleh dipandang enteng. Tambahan pula, golongan tua dan kanak-kanak adalah mangsa utama yang mudah diserang oleh virus berbahaya ini. Sekali dijangkiti, pesakit pasti akan mengalami risiko yang tinggi untuk tidak pulih semula.

Pun begitu, seorang lelaki tua berusia 99 tahun telah menolak kebarangkalian itu dan berjaya sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 selepas bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama dua hari.

ermando piveta

Pada awalnya lelaki tua ini telah disahkan dijangkiti virus tersebut dan menghidap pula radang paru-paru sehingga terpaksa dimasukkan ke dalam ICU untuk rawatan lanjut. Lebih megejutkan kerana Ermando Piveta yang merupakan warga Brazil itu berjaya pulih tanpa menggunakan alat bantuan ventilator.

Advertisement

Nak tahu tak macam mana keajaiban ini boleh berlaku? Piveta sebenarnya adalah salah seorang tentera yang pernah bertempur semasa Perang Dunia Kedua dahulu dan kondisi fizikalnya yang sihat membuatkan beliau senang pulih daripada wabak itu.

Bukan seorang tentera biasa, malahan lelaki itu adalah leftenan kedua dalam pasukan tentera Brazil ketika peperangan tersebut. Tidak cukup dengan itu, beliau juga pernah berkhidmat di Afrika semasa masih lagi bertugas sebagai hero negara tersebut.

ermando piveta

Selepas disahkan pulih, Piveta mengenakan topi tentera dan memberi salam sambil duduk atas kerusi rodanya kepada petugas perubatan dan tentera di Hospital Angkatan Bersenjata yang mengiringi pemergiannya.

Memenangi pertempuran ini bagi saya lebih besar daripada menang pertempuran ketika perang.

Dalam perang, anda membunuh atau hidup. Di sini anda harus berjuang untuk hidup.

Meskipun kes COVID-19 di Brazil kian membimbangkan namun semangat juang Piveta nyata memberi semangat kepada pesakit lain untuk terus hidup dan melawan pandemik itu.

Semoga Piveta menjadi inspirasi untuk anda semua.

Sumber

Comments

comments