(Video) 8 Individu Ditahan Ketika Bermain Sepak Takraw

Semalam lapan orang lelaki yang sedang leka bermain sepak takraw di padang permainan Bandar Perdana Fasa 6, Sungai Petani telah ditahan polis kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Adzli Abu Shah berkata kesemua mereka yang berumur 19 hingga 26 tahun itu ditahan sekumpulan anggota polis yang sedang menjalankan rondaan Ops COVID-19 pada pukul 6 petang.


“Kesemua mereka sedang bermain sepak takraw di kawasan berkenaan dan mereka gagal untuk memberi penjelasan yang munasabah untuk berada di satu kawasan itu secara beramai-ramai.”

Berikutan itu, Adzli berkata, semua individu terbabit ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Sungai Petani untuk tindakan lanjut.

Advertisement

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Comments

comments