(VIDEO) Aksi Kejar Mengejar “Kancil” Dan Pihak Polis, Lari ‘Roadblock’ PKP

polis kejar kancil

Kecoh di media sosial sejak semalam apabila viral video kejadian kejar-mengejar antara pihak polis dan sebuah kenderaan jenis Perodua Kancil.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat tiga unit kereta peronda polis sedang mengejar suspek yang telah meloloskan diri dari sekatan jalan raya dan terlibat dalam kes dadah.

Suspek bertindak agresif dengan memecut kenderaannya memasuki kawasan perumahan dan cuba “mempermainkan” pihak polis.

Peronda polis terpaksa mengejar sejauh kira-kira 15 kilometer.  Bagaimanapun, pemandu Kancil tersebut yang merupakan seorang lelaki berusia 24 tahun dan teman wanitanya yang berusia 18 tahun itu terpaksa berhenti di Taman Angkasa Nuri, Durian Tunggal, Melaka, selepas kenderaan yang dipandu kehabisan minyak.

Siasatan awal mendapati tujuan pasangan itu bertemu adalah untuk melepak bersama, sekali gus telah melakukan kesalahan kerana mengingkari arahan PKP.

polis kejar kancil

polis kejar kancilSemakan rekod lampau mendapati pemandu berkenaan pernah ditahan atas kesalahan berkaitan dadah dan disabitkan hukuman di bawah Akta Dadah Berbahaya 12(3), Seksyen 411 Kanun Keseksaan. Manakala wanita itu tiada sebarang rekod lampau. Mereka kini direman selama empat hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan.

Sumber Berita :  Mohd Amirul Aizad & BH ONLINE

Comments

comments