(VIDEO) “Amir Kuat!” – Aksi Pemuda OKU Sukar Jamah Makanan Undang Sebak Netizen

OKU Sukar jamah makanan

Sering kali kita melihat insan yang kekurangan upaya (OKU) tetapi masih cekal menjalani kehidupan seharian. Walaupun pelbagai halangan, mereka tetap usaha untuk menjadi seperti manusia normal yang lain. Sungguh menakjubkan!

Melihatkan perkongsian video pemuda Amir Azam ini, pastinya mengundang rasa sebak dan sayu.

Mana tidaknya, sedang manusia normal lain diberikan kemudahan untuk makan seperti biasa, pemuda yang kekurangan upaya tangan ini pula harus mengesot dan membengkokkan badan demi menjamah hidangan.

Difahamkan, pemuda ini tidak dapat menggunakan tangannya sejak kecil lagi dan bergantung kepada kerusi. Ujarnya, jika tidak ada orang yang menyuapkan makanan, begitulah keadaan dirinya yang terpaksa ‘menonggeng’ demi mengalas perut.

OKU Sukar jamah makanan

Advertisement

“Hari ini Amir sahur seorang, tak ada orang tolong suapkan makanan, Amir tak boleh suap makanan sendiri”

“Macamni lah keadaan Amir makan sendiri”

@amirazam94Allah berikan nikmat kehidupan janganlah kamu persia-siakan nya ?#fyp #fyp?

? bunyi asal – Amir Azam

Pun begitu, semangat dan sikap positifnya jelas membuatkan ramai orang terkesan. Dia kelihatan redha dan bersyukur dengan setiap nikmat dalam hidupnya.

“Alhamdulillah inilah dinamakan nikmat dalam ujian, Allah berikan ujian sebab Allah sayang”

Sungguh cekal hati pemuda ini, walau kekurangan upaya, tidak pula dia lupa akan maha Pencipta. Tetap gigih meneruskan kehidupan harian walau pelbagai onak duri. 

Jelasnya perkongsian Amir ini menyentuh ramai pihak dan mereka juga turut mendoakan kesejahteraan hidupnya. Alhamdulillah.

Semoga kisah kehidupan pendek dapat memberi ‘teguran’ kecil buat kita semua untuk lebih bersyukur dengan kurniaanNya.

SUMBER

 

SUMBERTiktok

Comments