(VIDEO) Bacaan Al-Quran Dan Laungan Azan Pelajar Malaysia Iringi Penghormatan Terakhir Mangsa Tembakan Christchurch

250

Suasana di Christchurch, New Zealand hari ini diselubungi rasa hiba dan sayu apabila orang ramai tidak kira bangsa ataupun agama hadir memberikan penghormatan terakhir kepada mangsa yang terkorban diserang pengganas dalam insiden tembakan rambang ketika solat Jumaat minggu lalu.


Beberapa pengguna Facebook sempat merakam momen memilukan dan mengundang rasa sebak saat seorang pelajar Malaysia dari Pasir Mas Salor yang merupakan seorang penuntut di University of Christchurch, New Zealand mengalunkan bacaan Al-Quran ketika upacara penghormatan tersebut.

Laungan azan yang berkumandang di Canterbury Christchurch University turut mengundang rasa sebak.

Dalam perkembangan terbaru, persiapan untuk pengebumian mangsa serangan sudah pun dilakukan. Jenazah juga sudah dimandikan serta dikafankan dan bakal dikebumikan mengikut cara Islam.


Pengarah Kementerian Pertahanan, Pertahanan & Pengurusan Kecemasan berkata pihak mereka sangat mementingkan kehendak serta keperluan setiap keluarga.

Imigresen New Zealand juga  setakat ini sudah meluluskan 65 visa untuk ahli keluarga menghadiri pengebumian itu.

Kami doakan agar segala urusan berkaitan pengebumian kesemua mangsa akan berjalan lancar. Sama-sama kita sedekah kan Al- Fatihah pada mangsa.

Sumber Berita : NST 

Kredit Video : Mohd Shahrizan Mohammed Abbasi

Comments

comments