(Video) “Bahaya Betul!”, Alat Peranti Ini Mampu Membuka Dan Mengunci Pintu Kereta Tanpa Gunakan Kunci

768

Dengan hanya menggunakan alat peranti berharga RM500, lelaki ini mampu membuka dan mengunci pintu tanpa perlu menggunakan kunci kereta. Yang mengejutkan, alat ini dijual secara atas talian di Malaysia sendiri.

Video berdurasi 48 saat itu menunjukkan alat peranti berbentuk petak itu mampu membuka pintu kereta Perodua Kenari dimana terdapat enam butang pada alat peranti itu.

alat peranti
Di dalam video itu, lelaki tersebut mencuba satu persatu butang yang ada sehinggalah dia mampu membuka pintu kereta itu dengan hanya menggunakan alat peranti ini. Bukan sahaja untuk buka pintu tapi kunci pintu pun boleh sekali.

Malah yang merakamkan video ini juga membuktikan sendiri pintu yang berkunci itu boleh dibuka selepas butang ditekan. Lelaki tersebut hanya perlu menekan salah satu daripada enam butang untuk membuka dan mengunci pintu kereta itu.

Kalau betul apa yang dirakamkan ini, alat ini sangat bahaya kerana jenayah boleh dilakukan oleh sesiapa yang membeli alat ini. Siapa-siapa sahaja boleh membuka pintu kereta tanpa perlu memecahkan tingkap atau mencuri kunci kereta.

Tetapi tak dapat nak dipastikan sama ada ianya hanya boleh dilakukan pada kereta Perodua Kenari sahaja ataupun semua kenderaan lain. Diharapkan siapa yang menjual alat ini ditangkap segera oleh pihak berkuasa.

Comments

comments