(Video) Bayi 10 Bulan Meninggal Dunia Terkena Renjatan Elektrik Akibat Bermain Dengan Wayar

2153

Kadang-kadang hanya disebabkan satu benda kecil, boleh membawa maut. Kejadian memilukan berlaku pada seorang ibu di Indonesia apabila anaknya yang berusia 10 bulan maut akibat renjatan elektrik.

Semuanya diakibatkan oleh wayar mesin pembuat roti yang masih terpasang dan menyalurkan elektrik. Sebaik dikejarkan di hospital, bayi itu sudah pun disahkan meninggal dunia.

“Bila dia terkena renjatan elektrik, bayi tersebut menjerit dan bila ibunya periksa, anaknya sudah pun terkulai di atas lantai.”

Sewaktu disahkan anaknya sudah tiada, wanita ini tidak dapat menerima kenyataan dan mula meraung memanggil anaknya itu. Dalam video yang tular ini, doktor menenangkan wanita itu dan cuba mengambil bayi tersebut daripadanya.

Sedih pula lihat keadaan wanita ini. Diharapkan kisah ini dapat dijadikan iktibar kepada semua ibu bapa di luar sana. Sentiasa pantau anak anda kerana malang tidak berbau.

Comments

comments